Saya mula sebagai pelumba basikal sejak umur 17 tahun. Setiap perlumbaan adalah cabaran baru, dari selekoh tajam hingga bukit yang curam, semuanya memerlukan ketelitian dan kecekapan. Setiap kali menang, ia adalah bukti kekuatan fizikal dan mental, tetapi setiap kali kalah, ia adalah pelajaran berharga.
Namun, di sebalik kejayaan dan kegagalan di dunia perlumbaan, saya menyedari bahawa salah satu kunci utama kepada prestasi saya adalah basikal yang saya gunakan. Setiap kali saya akan pastikan basikal saya dalam keadaan terbaik, saya dapat memberikan yang terbaik. Jadi, perlahan-lahan, saya mula mengambil minat lebih mendalam terhadap mekanik basikal. Saya belajar bagaimana setiap gear, setiap komponen, dan setiap sentuhan kecil pada basikal boleh membuat perbezaan yang besar.
Setelah bertahun-tahun berlumba, saya membuat keputusan untuk berpindah ke dunia yang berbeza tetapi tidak asing — menjadi seorang Mekanik Basikal. Bagi saya, ini adalah cara untuk terus kekal dalam dunia yang saya cintai, tetapi dengan perspektif yang baru. Sekarang, saya membantu pelumba lain mencapai prestasi terbaik mereka, sama seperti saya pernah lakukan dahulu.
Sebagai seorang mekanik, setiap kali saya membaiki atau menyelenggara basikal, saya tidak hanya melihatnya sebagai sebuah mesin. Ia adalah lanjutan diri penunggangnya. Saya memahami betapa pentingnya kesempurnaan dalam setiap komponen kerana saya sendiri pernah bergantung padanya.
Sekarang, melalui Dreamwerkz Cycle, kedai basikal saya di Penang, saya memberi tumpuan untuk memastikan setiap basikal yang keluar dari bengkel berada dalam keadaan yang optimum. Dari basikal gunung hingga basikal jalan, dari servis kecil hingga pembaikan besar — saya ada untuk memberikan yang terbaik. Apa yang membezakan saya bukan hanya pengetahuan mekanik, tetapi juga pemahaman sebagai bekas pelumba.
Saya dapati kepuasan yang luar biasa setiap kali seorang pelanggan kembali dengan senyuman selepas mengharungi laluan sukar tanpa masalah. Ini adalah kerjaya yang memberikan saya peluang untuk menggabungkan dua minat terbesar saya: perlumbaan dan mekanik.